|

SZN CONCEPT (001732837-M) telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 24, Dec. 2007. Syarikat kami berstatus Enterprise dan menjalankan perkhidmatan merekabentuk grafik & percetakan.
Keutamaan perniagaan kami adalah memberikan perkhidmatan merekabentuk kad undangan perkahwinan. Alhamdullillah, kini kami melangkah setapak lagi dalam perniagaan menjual produk-produk cenderahati atau door-gift untuk majlis-majlis keraian seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Rasmi Kerajaan/Swasta, mahupun Majlis Harijadi secara on-line. Selain daripada itu, kami juga menawarkan perkhidmatan merekabentuk item-item promosi seperti banner, bunting, brochure, flyer, kad nama, dan lain-lain.
Peneraju Utama
Suhizan Mat Desa (Sue)
Creative Director/Administrator
Anak kelahiran Perak dan dibesarkan di Taiping. Kini beliau sudah pun mempunyai cahayamata kembar dan berkhidmat sebagai pensyarah grafik di salah sebuah kolej swasta di Shah Alam. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senilukis & Senireka Grafik dari UiTM (Shah Alam) dan mempunyai pengalaman lebih 6 tahun dalam bidang grafik. Dan sangat meminati bidang grafik....
Abdul Rahman (Rahman)
Marketing Manager
Bergiat dalam perniagaan MLM secara sambilan dan aktif dalam Fotografi. Mempunyai kelayakan dalam bidang grafik dari IKM dan kini juga selesa dengan kerja-kerja grafik dan sangat meminati bidang fotografik.
Anak Jati Perak....memang giler bola... Heeee…..

|
|